Tuesday, 12 March 2019

Pengalaman : Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pacaindera dan Kecergasan Pegawai Siasatan Gred 41 SPRM

Hai semua,

Dah lama rasanya tak menulis. Kali ni aku nak share pengalaman aku pergi Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pacaindera dan Kecergasan Pegawai Siasatan Gred 41 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kat Johor.




Jawatan ni boleh apply kat website SPA ya, update lah permohonan kerja tu yee... kat website ni https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Masa dapat email tu memang excited habis tapi tak berharap sebab kawan aku cakap, kalau nak masuk SPRM kene kursus 9bulan! mak aihhhh... kalau mengandung dah beranak tau! tapi aku pergi jugak, untuk pengalaman...

Sedikit sebanyak guide yang aku boleh bagi :

Kat email ada attach panduan pemeriksaan . Ade dua bahagian, ikut turutan, kalau 1 out, bye2 sila la balik. hahaha

Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera
- BMI  https://www.calculator.com.my/bmi-calculator#.XIduACIzbIU
- Penglihatan
- Pendengaran
- Gaya Tubuh Badan

kat sini, sape yang BMI 19-29 selamat. yang lebih dari tu, bye2 sila balik. HAHA

Penglihatan 3/6, so selamat kalau lepas 3.. sape rabun tinggi tu, jangan ngade2 nak pakai contact lense jernih lah apa, SPRM ni tau. tak baik menipu.

Gaya tubuh badan. DISCLAIMER : untuk perempuan, sila pakai SPORT BRA ya! sebab dia akan cek badan kalau ada bekas2 eksiden atau tatoo. dan jangan lupa SHAVE, kang malu pemeriksa tengok bulu ketiak panjang berjelaaa....hahahaha... Praktis2 lah berkawad ya.. nanti dia test cara jalan, cara kawad..

Jika semua di atas anda lepas, baru pergi next round...

Pemeriksaan Kecergasan
- Lompat jauh berdiri
- Lari ulang alik
- Bangun Tubi
- Larian 2.4km

setiap ni ada masa, so, kalau lepas lompat jauh berdiri, baru pergi next round. dan seterusnya... kalau tak lepas, terus gagal, dan bye2 sila balik...


Jangan pergi, kalau anda :

  1. BMI kurang 19 atau lebih 29.
  2. Pregnant
  3. Baru lepas bersalin (dalam masa 2 tahun), lebih 2tahun takpe.. Lagi2 ceaser.
  4. Masalah kesihatan yang serious, asma, jantung,darah tinggi.
  5. Ada besi dalam badan. (pernah kemalangan)
  6. Rabun teruk. takut tak lepas 3/6 test
  7. Tak tahan kene maki
  8. Tak pandai kawad
  9. Tangan/Bahu bengkok/tak lurus
sila jangan buang masa kalau anda tergolong dalam senarai di atas.


Persediaan

  • Sila2 lah exercise untuk kumpul stamina sebelum pergi Ujian Fizikal ni ya... Kang separuh jalan, dah kene balik, bazir masa je..
  • Bawa IC dan surat panggilan ujian
  • Bawa Air Masak
  • Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai (untuk mengelakkan sebarang kecederaan)
Bila korang lepas semua pemeriksaan kecergasan, nanti akan di panggil untuk Interview kt KL..
yang ni aku tak dapat nak kongsi kan, sebab aku pun sangkut kat lompat jauh berdiri! hahahahaha

secara umum nya, bagus pengalaman dapat pergi ujian kecergasan ni.. ye betul, akan ada 9bulan kursus kat kem. kene kawad. so, siapa2 yang nak berkahwin kene tangguh.. siapa yang pregnant dalam tempoh 9 bulan tu, terus kene buang.
so, SPRM memang nak cari pegawai2 yang cergas ya.. bukan jenis lembik2...

Goodluck pada siapa2 yang betul2 nak masuk SPRM. do your best! 

CEGAH RASUAH!!



Thursday, 13 September 2018

NETFLIX vs IFLIX

Hi I'm Backkkkkkk...

Aku ni newbie lagi netflix iflix ni.. sejak dah ada anak ni, aku xberkesempatan nak tengok tv lagi dah... Dulu masa single, rajin lah layan CSI, Law & Order.... now nak tengok tv pun rasa mcm takde masa...

IFLIX

okay, kalau pengguna celcom prepaid yang langgan internet.. memang akan dapat premium pass untk Iflix.. FREEEE je kalau nak tgk Iflix.. tak payah bayar.. TETAPI... puas aku belek, scroll, search... takde langsung movie yang best... semua macam movie2 lama... tak menarik langsung...
so, aku decide nak try 1 month Netflix...

NETFLIX

okay, aku sebenarnya tak reti macam mana nak langgan netflix ni.. aku siap search Facebook, google.. hahaha.. okay, sebenarnya ada 3 cara untuk dapatkan 1 month free ni..

1. Credit Card/Debit Card

No choice, nak dapat kan free punya pasal.. kene masukkan maklumat debit card. Sebelum tu, korang kene call bank untuk activekan debit card korang ke tahap international... hahaha. korang call no yang ada belakang card bank tau. jangan sebarang2 google no bank. takut tersangkut scammer pulak.

Firstly, aku call cimb bank. Mintak activekan... lepas tu aku try isi maklumat debit card... tak boleh2.. Lepas tu aku call Ambank pulak.. Staff Ambank ni baik.. Masa aku call bank, aku cakap aku nak register Netflix.. Dorang terus cakap, okay cik saya kene activekan international transaction untuk card cik ya...aku rasa dorang memang dah aware dengan Netflix. mesti ramai yang call sebab Netflix hahaha.. Kalau Ambank, staff tu tanya, cik nak saya activekan international transaction ni untuk berapa lama? aku pun cakap, sebulan je.. sebab Netflix ni free Sebulan je... Kalau sebulan free dah habis, dia nak deduct acc aku tak boleh... sebab aku activekan international transaction sebulan je..

So, kali kedua aku cuba kad ambank.. pun tak boleh.. dia tulis error in processing. aku naik fed up tunggu2 tak boleh...last2 aku cuba tukar email lain untuk register... taraaaa... sucessfull...!

2. Pospaid

Kalau korang guna pospaid boleh kot try gune kaedah ni untuk register...

3. Voucher Code/ Gift Code

Actually, korang boleh beli gift card Netflix kat 7Eleven (7E) ada jual RM50 & RM100.. yang ni aku hampir2 nak beli... tapi sebab aku berjaya guna debit card, so aku tak beli la gift card ni..


oh ya... kalau korang decide nak try 1st month tu.. nanti sebelum tu, netflix akan suruh kau pilih package... untuk berapa viewer.

1. One screen
2. Two screen
3. Four screen

harga memang aku tak ingat... aku amek yang package untuk 4 screen.. kan 1 month free.. why not kau share2 dengan member lagi 3 orang untuk sebulan free tu..  aku share dengan husband aku, kawan aku & husband kawan aku... cukup 4 orang..

well, actually kalau korang tak kisah sharing... okay lah. sebab bila dah sharing account ni, orang lain boleh tengok acc kau, boleh stalk la kau tengah watching movie apa.. kalau korang jenis privacy, tak digalakkan share2 dengan member ya...

tapi aku tak kisah kot, semua movie dalam netflix tu free.. you can watch everything... dan please lah tak payah nak ambil kisah orang tengok movie apa... citarasa masing2...

next time aku akan cerita movie apa yang aku dah tengok. hope posting aku ni membantu!

Sunday, 22 May 2016

Trip to Bandung 4D3N

Trip to Bandung 4D3N

Salam semua…
Kat sini aku nak share trip ke bandung 4 hari 3 malam.. recently, aku pergi ber4 dengan cousins2 .. well actually, aku da beli flight ticket sejak August 2015 Johor – Bandung.. Masa tu Air Asia ada promotion, so I grab the chance! Tarikh kiteorang pergi bandung 7 May 2016 (sabtu) – 10 May 2016 (selasa).

Harga tiket?
Total 5 orang RM1219.50, sorang RM243.90. pergi aku amek luggage 50 kg sebab aku expect sorang bawak luggage mesti 5kg ke atas. Biar lebih jangan kurang ye dak? Luggage balik sorang 25kg. Harga luggage 25kg = RM50.

Luggage?
Actually, waktu pergi tu amek luggage 25 kg je dah cukup. Kalau ada beg baju, bawak jela beg balik kampung tu dan bawak naik atas flight (not more than 7kg please). so, check in luggage kosong je. Dah jimat RM50! Balik tu aku sarankan beli luggage more than 25kg pun tak pe. Sebab luggage aku cukup2 25kg oi. Huntung yang lain berat luggage less than 25kg, dapat lah aku tumpang check-in beg balik kampung aku (dalam tu ada baju kotor).

Sedikit tips, jangan letak baju bersih korang dalam luggage, sila bawak satu lagi beg balik kampung. Ala…beg yang selalu korang gune letak baju time nak balik kampung tu.. baju bersih letak dalam beg balik kampung tu, luggage tu khas untuk barang2 yang korang beli kat sana. Trust me, luggage korang mesti penuh punya dengan barang2. CONFIRM! Nanti balik, korang boleh letak baju kotor dalam beg balik kg tu, asingkan siap2 dr luggage. Luggage tu khas untuk baju bersih dan barang baru! Dan dinasihatkan bawak beg bersilang/beg belakang (beg sekolah). Handbag sangat2 tak digalakkan.

Pak supir? Hotel?
Sebenarnya sebulan sebelum tarikh ke bandung tu, kiteorang ada la survey2 hotel kat Trivago. TETAPI! Kiteorang ni tak reti nak booking hotel. Hoho (Boooooo) .. masing2 taknak bagi no debit card, hujung2 semua senyap! Lagi 1, kiteorang tak tau hotel apa yang dekat dengan pasar baru.
So, aku carik alternative.. aku carik pakej bandung.. search je kat FB ada banyak.. aku jumpa 1 pakej Emir Tour namanya… Bos nya nama Salim Nurdin.. so, aku booked sebulan sebelum… Harga pakej? Bergantung bape ramai korang pergi, lagi ramai lagi murahhhh… hotel 3 bintang je dia bagi.. okay la.. korang ada kat hotel time malam je.. harga start dari RM300/person for 4D3N. okay ke tak? Bagi aku, okay. Tapi kalau korang pandai dan nak berjimat, pilih hotel sendiri dan amek perkhidmatan transport dengan dorang. Segala harga boleh deal terus dengan Pak Salim ya… aku tak boleh nak bagitau exact harga, sebab currency pon naik turun kan..  
Kiteorang dah asing kan siap2. Senang da asing siap2, dan lantik siap sorang untuk pegang amanah jaga duit2 tersebut. Nanti kalau ada lebih, pulangkan je masa nak balik.
RM3++/person untuk pakej hotel+supir,
RM100/person untuk makanan
RM100/person untuk entrance fee

Bila nak tukar duit?
Part ni memang aku galat sangat2.. aku tukar duit sikit je kat Malaysia.. sebab salah aku jugak… aku tukar duit last minit, kelam kabut. So, selebihnya aku bawak duit RM konon nak tukar bila sampai Bandung. Masa kat Malaysia aku dapat harga RM303 = 1 Juta. Ni pun sebab, tukar dengan client cousin aku. Dapat murah. Kalau pergi larkin, mahal. RM310 = 1 Juta, lepas tawar2 pun dapat RM308 = 1 Juta. Still mahal keyyyy. Unluckly to us, tukaran kat Bandung lagi mahal! RM312 = 1 Juta rupiah. No choice, kene tukar gak. RUGI sangat2. I blame myself for this. Duit Malaysia tak laku kat Indon. So better tukar awal2 kay! Tukar kat MALAYSIA! Masa sampai Bandung, kiteorang pergi money changer kat pasar baru. Guess what! RM320 = 1 Juta! Kemon, cekik darah oi. Masa tu aku da rasa menyesal gila tak tukar awal2. Hujung2, pak supir kiteorang nak tukarkn on behalf of us. Sebab dia cakap, kalau dia tukar, dapat murah sikit. Harga tourist dengan harga warga tempatan berbeza. So, itu yg dapat harga RM312 = 1 Juta. But still RUGI. Dulu masa aku pergi bandung hujung tahun 2014, tukaran RM290 = 1 Juta. Lebih kurang gitu la harga, so, masa tu.. shopping memang best la. Murah! Now, currency da menurun, rasa mahal pulak.

DAY 1
Flight dr Johor kol 11:35am sampai sana kol 12:30 pm (waktu Indon) which is lambat 1 Jam. Kiranya kol 1:30pm waktu Malaysia. Sampai2, tunggu beg, terus keluar. Carik pak supir kiteorang. Kiteorang dah gelabah sebenarnya, sebab takde pun yang tunggu dengan nama aku dekat pintu luar. Lepas tu, ada orang2 indon yang tawar2kan teksi la, kereta sewa la, siap ikot kiteorang. Masa tu rasa macam dah kene game je. Rasa nak nangis, krik2 pun ada. Kiteorang tengok satu sama lain. Masing2 muka dah gelabah… HAHA! Lepas tunggu dalam 5minit, aku patah balik kat pintu keluar. Fewwwww lega bila nampak ada sorang ni pegang kertas nama aku sekali tulis EMIR TOUR. Aku rasa nak marah dia time tu gak, sekali dia cakap, dia ke tandas. Sebab tu lambat. Okay, dimaafin.
Then, dia bawak weols pergi makan. Makan nasi padang kat kedai apa ek, aku lupa. Lapo la gak, kiteorang dah siap2 asingkan lauk2 yang taknak makan. Pak supir dah bgtau awal2, kalau xnak makan, jangan sentuh, nanti dia kira. Dah siap makan, bayor. Hulamak mahal betei, kira sorang RM15-RM20. Kalau makan nasi campur kat Malaysia pun takde sampai harga cmni. Mmg cekik duit tourist. Okay takpe, bab makan no hal, asal kenyang.

Seterusnya, pak supir terus bawak pergi pasar baru. Kat pasar baru tu, ada sorang laki akan guide kita, bawak tempat murah n tolong angkatkan beg. Aku request nak jalan2 kat luar, sebab aku tengok kat luar lagi meriah macam pasar petang gitu. Macam2 jual n mesti lah murah3 sebab tak kene bayar rental. Tapi dia kata, kat luar tak selamat, banyak pencuri. Emmm, last time aku pergi, boleh je jalan2 kat luar. Tak tau ape motif dia cakap macam tu.

So, datang2 dia bawak kiteorang tempat telekung, paling murah kata dia… tapi aku tengok mahal jee.. aku ni tak reti beli2 telekung. Biasa mak aku suka la beli benda2 cmni.. so, aku just beli telekung travel warna warni dalam beg kecik tu.. dia mula2 kata harga 75,000 Rp, lepas tawar2 dapat 65,000 Rp tu pun sebab kiteorang beli 5 pasang. Mahal gak aku rasa, dalam RM20 gitu. Dulu murah kayyy, okay dulu dah habis. Telekung ada banyak jenis, dari murah sampai mahal. Apa guna beli telekung mahal2 n banyak2 kalau solat pun tak ckup 5 waktu? Kehkeh. (nulis sambal tengok cermin).

Lepaas tu dia bawak pergi kedai kain pasang, pak supir dah pesan awal2 jangan beli kain pasang kt pasar baru. Tengok2 je boleh, sebab ada tempat yang lagi murah kat luar. Tapi yang guide kiteorang tu bawak gak kiteorang g, kat level atas sekali, bangunan lain. Kecik je kedai dia, tak banyak pilihan, tapi harga boleh tahan mahal. Aku relax2 je kat situ sebab aku rambang mata tak tau nak pilih yang mana, hujung2 aku berkenan dengan 1 kain lace ni. Memang cantik, aku beli khas untuk mak aku. Memang cantik, tapi aku dahulukan ibu dulu.. semeter 200,000 Rp = RM60. Mahal ke murah? Aku tolak belakang. sebab cantik, so, aku beli. Dia lebar 53 bukan 60. So, kain ni memang dah nak habis, dalam 3 meter setengah, tapi aku dapat harga 600,000 Rp untuk 3 meter setengah. Lining aku beli kat sini gak, agak mahal, tapi ok la.

Lama gila kat kedai ni, dekat 2 jam kot. Kazen aku semua beli macam2 kain, aku beli sepasang ni je. Ahahaha. Lepas tu, pusing2 kedai lain. Tak sempat nak tengok handbag, sebab kedai dah nak tutup. So, kiteorang usha2 t-shirt je. Tapi aku xbeli pun, aku beli shawl satu. 35,000 Rp dalam RM11 gitu. Saje beli nk buat kenangan. Habis tawaf pasar baru, kedai pun nak tutup, kiteorang gerak pergi D’Fashion..

D’Fashion ni ala2 Jakel Malaysia. Ada 4 tingkat kalau xsalah. Dan memang MURAH! Kalau nak dicompare dr pasar baru. Lace pulak ada macam2 pilihan. Banyak sangat. Dan MURAH! Dan sekali lagi, kau akan rambang mata! Sampai tak tau mana yang berkenan sebab semua cantik2 uols… so, disini, aku rembat lace untuk nikah… sekali lagi, aku beli lace untuk mak aku. Aku punya lace, mcm lace yg sekarang orang buat untuk border tangan/ border jubah. Lace ni sangat murah, 1 meter 35,000 Rp dalam RM11 gitu. so, aku beli 2 meter je. Untuk baju, lining beli kat sini jugak. Jenis kain luar satin, dalam kesat. Bagi aku ok, sebab xde la rasa panas satin. Harga semeter ada yang 30,000Rp (RM10) ada yg 35,000 Rp (RM11) ada yg 45,000 Rp (RM14). Kualiti xjauh beza. Nanti aku belanja gambar kain lace yg weols beli dan apa yg ada kat sini. Nanti aku update semula dengan gambar!

XOXO




Saturday, 30 January 2016

GOOD VIRTUES CO : BRIGHTENING DAY CREAM



TADAAAAA!
siapa yang dah try GOOD VIRTUES CO punya product? sep sikit. aku dengan jayanya dah habeskan sebotol day cream. bila tekan2 dah xkuar cream, tu maksudnya dah habes la cream aku... aku mmg jenis muka yg kering, lagi2 kalau duk dalam air-con. mmg cepat kering... kalau kering tu, siap menggelupas. lagi leceh.. so, mmg biasa sebelum pegi keje, aku akan pakai moisturiser ni dulu... sebelum pakai base cream.. day cream ni tak heavy.. memang sesuai nak buat moisturizer.. cuma night cream dia pekat sikit... yg ni aku slalu skip pakai sebab naik bilik je, bam tido.. bila da ngantuk sgt, segala apa aku lupa.. tapi day cream ni mmg aku xskip la.. mmg kire kewajipan sapu day cream b4 sapu cream make up.. cuma skg ni, aku pakai base cream jenama local, kan skg tgh kecoh ade mercury la apa la.. aku tengah piki nak crk base cream lain.. cuma aku xreti nak pakai foundation/bb cream sebab mcm heavy sgt and berminyak.. dan sebab muka aku jenis kering, so, tiap kali pakai cream yg heavy ni, mesti bercapuk... i issss soooo saddddd.. ni la padahnya bila xrajin minum air masak...huhu

Saturday, 12 December 2015

PENGALAMAN PERTAMA : UMRAH - part 1

Salam semua..

aku nak story mory kisah pengalaman pertama aku mengerjakan ibadah umrah. hee. pergi dengan family, jadinya segala tambang family aku yg bayorkan. syukur.. aku nak kumpul duit kawen pon belom lepas ni.. rezeki kan dapat pergi umrah... kiteorang pergi umrah musim sejuk... 25/11/2015-6/12/2015... ni penerbangan pertama dari agent umrah yang kiteorang pilih.. nak bagitau ke tak ek agent apa.. haha.. biarlah rahsia kot.. harga? RM5999 pakej 12 hari 10 malam. lepas tu kiteorg bertiga nak satu bilik, so untuk bilik bertiga kene tambah duit ya.. sebab pihak agent kene booking bilik 3 katil.. 

so.. sebenarnya mak aku dah buat survey pakej2 umrah yang ada.. target kiteorang nak carik pakej yang direct malaysia-Jeddah.. sebab banyak pakej yang kene transit mcm Singapore-Oman-Jeddah.. kalau transit ni makan masa nak tunggu next flight... sebab tu kiteorang pilih yg direct.. pape pon pilihan di tangan anda.....  

okay aku nak cerita sket apa persediaan yg aku buat.. harap maklum la first time.. before aku pergi pun aku ada google2... blog paling menarik dan membantu ialah blog cik sally.. korang boleh je baca blog dia.. dia ada cerita pengalaman dia.. sangat membantu.. post aku kali ni, aku ceritakan pengalaman aku sendiri.. 

1. of coz lah kene pergi kursus umrah kan.. aku pergi kat masjid Larkin Sentral je... aku pergi 2x.. tapi sebenarnya kursus yang sama dan ustaz yang sama. saje je pergi dua kali nak bagi masuk kepala sket. lepas tu.. rajin2 lah baca buku umrah tu kan.. khatamkan lah sebelum pergi, atleast ada la ilmu.

2. barang apa yang diperlukan?

    wuduk spray

*credit to google

wuduk spray ni sangat la penting.. harga? harga berbeza2 di setiap kedai... masa tu aku ada perasan kat kedai jual barang haji n umrah..harga dia RM10 lebey.. tapi yang ni aku beli kat mydin.. RM8 atau lagi murahh.. aku pon dah terlupa harganya.. tapi memang bersyukur.. masa kiteorang nak beli tu. spray ni cukup2 ada tiga saja kat shelf.. botol ni korang isi la air paip dr malaysia dlu.. nanti dah sampai madinah/mekah.. korang letak air zamzam lak.. kegunaan botol ni? okay.. firstly... kalau korang jenis taknak jalan ke tandas/tempat ambil wuduk masa kat masjid nanti.. korang bleh spray2 je berwuduk dan ratakan.. sebab.. tandasnya boleh tahan jauh lagi2 kalau kat masjidil haram. tapi kalau kat masjid nabawi, aku rasa dekat je.. secondly, ni kan air zamzam.. korang yang ngantuk dalam masjid tu.. ngantuk masa dengar khutbah jumaat ke (harap maklumlah, khutbah dalam bahasa arab, memang tak faham), korang boleh la spray2 kat muka sambil berdoa.. mudah2an hilang ngantuk korang tu.. hehe.. so, bagi aku, korang patut ada spray ni.. beli 1 share2 ngan family pon boleh... tapi lagi afdal sorang satu..

    Tshirt/singlet berzip

*credit to google

okay. next. korang kene ada atleast 1 baju/singlet berzip.. senang untuk korang simpan duit.. siyesly... sebab kitekan bawak duit banyak dr malaysia.. ni cuma langkah berjaga2 lah.. korang bleh je simpan duit kat bag (tapi tak digalakkan).. sebab kalau korang pegi by group agent, beg silang semua sama... kot kot tertuka ke apa kan... so better, duit ada di badan sendiri.. masa aku.. aku beli satu je singlet berzip.. aku beli kt mydin gak... harga bawah RM15.. kat kedai2 umrah,haji pon ada jual.. kualiti berbeza2 ya, so harga pun lain2.. 

kenapa aku beli satu je singlet berzip? sebab aku ada tiga pasang seluar slack berzip. hehe. yang seluar slack hitam nyonya tu. aku beli dah lama, tak pakai. masa kemas2 barang, baru perasan seluar tu.. seluar berzip ni penting gak bagi aku.. kalau singlet basuh, pakai la seluar.. tapi agak leceh lah korang kene angkat jubah untuk seluk kocek zip.. tapi selamat.. hehehe. 

3. barang2 mandian

aku memang jenis suke bawak barang mandian sendri.. walaupun aku tau, kat hotel mesti ada sediakan shampoo n shower gel kan.. tapi.. aku lagi prefer bawak sendri.. utk shampoo, aku beli botol kecik kat kedai RM2 tu, then aku letak shampoo dalam tu. tak habes pon shampoo aku tu.. sebab aku gunting rambut before pergi.. ringan kepala, shampoo pun tak banyak, rambut pun cepat kering, takyah risau nak ikat rambut bagai, senang nak jaga pantang larang masa berihram lagi.. semua barang2 mandian tu letak la dalam luggage...sebab cecair kan..

4. gunting

gunting, yela.. senang nk bercukur nanti dah ada gunting sendiri.. gunting sila la letak dalam luggage yg nak check in.. jangan letak dalam hand carry bag.. sebab makcik aku terbawak dalam hand carry bag, scan2 nampak gunting. kene lar rampas... tapi korang boleh je beli kat sana nanti.. gunting kecik 2riyal jek.. tapi terpulang korang.. kat tempat bertahlul tu (kat marwah) ade je orang yg tinggalkan gunting dia.. korang carik kat dinding, ade gunting.. ketip kuku pulak, boleh je bawak atau beli kat sana.. tapi aku rasa, brg2 cmni beli ajelah kat sana madinah/mekah.. dapat buat kenangan balik malaysia nanti kan.. kalau kat mekah, ade je kedai 2riyal.. situ ade jual gunting n ketip kuku.. ni kemudian aku sambung cite shopping..

5. pakaian

kalau jubah.. aku bawak 3 helai je.. sebab nanti korang confirm beli jubah kat sana.. jangan lupa bawak hanger ya.. nanti boleh basuh jubah dan baju2 lain. so, boleh rotate baju.. 

tudung.. kebetulan makcik aku bagi tudung hitam jenis lycra labuh.. so, senang boleh bawak g solat..aku sarankan korang beli warna hitam.. sebab kat sana, majority orang pakai tudung n jubah berwarna hitam.. 

kasut... aku tersalah beli kasut haritu.. kasut aku sedap pakai tapi masa nak balik, kasut tu dah terkopak.. so, tak tahan lama.. better korang beli kasut yang selesa dan berkualiti.. yang penting kasut flat.. sebab haritu, aku ternampak ade sorang ni.. dia pakai kasot wedges balik dari masjid.. nampak cam orang malaysia/indonesia. hihi... terpulang keselesaan masing2.. kalau kasut flat kan senang nak bergerak.. 

pakaian dalam... disyorkan bawak lebih.. ala.. kecik je pon kan.. hihi.. tapi nanti korang boleh je basuh.. cepat kering...biar lebih jangan kurang.. kalau kurang kang nak pakai apa pulak kan? hihi

anak tudung.. bawak lah 3 4 ke.. kalau rasa dah tak sedap, boleh basuh and tukar.. 

telekung.. aku bawak la 2 helai.. masa aku, aku bawak satu warna brown.. satu warna putih.. warna putih tu aku pakai masa nak buat umrah.. telekung kalau rasa kotor ke apa, boleh je basuh.. hehehe. lagi tadi aku sebut sal basuh, korang  kalau kayo, leh antar dobi ye.. dobi kira helai.. dan mahai.. heee

baju tido.. aku bawak 2 helai baju kelawar.. hehe. 1 baju lengan panjang dan 1 seluar track. aku pakai sekali baju kelawar dengan suar track n baju lengan panjang.. sbb kat sana sejukkkk aihhh malam. dan aku jenis taktahan aircon.. baju kelawar senang basuh n cepat kering berbanding tshirt. 

stokin n handsock.. aku cuma beli 3 pasang stokin je.. handsock memang dah sedia ada.. taktau datang dari mana handsock dalam almari.. rasanya sebab ada orang bagi sebelum ni.. 
aku beli 1 stokin sarung macam kasot, tebal.. untuk tawaf n saie.. RM8, kalau korang nak beli kat madinah pun boleh 10riyal. 

international plug.. perlu ke? yela.. kan kite pergi negara lain.. ye, aku beli international plug RM15 kat Jusco.. sanggop carik.. haha. tup2 sampai sana, plug sama je dengan plug kat malaysia.. tapi, kalau hotel korang plug lain.. korang bleh beli plug kat sana.. memang ada jual.. dont worry. kat madinah n mekah, plug tu ada jual kt tepi jalan... 

beg... bape banyak beg kene bawak? sebab agent just bg 1 bag hand carry n 1 bag silang, so.. aku decide untuk bawak 1 beg luggage yang besar n beroda tu ha... penting ke tak beg beroda ni? penting kalau korang memang suke membeli untuk sanak saudara.. sebab nanti korang beli kurma ke jubah2 ke.. sumbat je dalam tu senang, tak payah beli extra beg kat sana.. and kat mekah nanti ada jual plastic wrap, untuk korang wrap beg...15 riyal per roll. aku beli 2 roll, konon nak wrap 2 luggage besor.. 1 roll gune pon tak habes untuk 2 beg tu... xpon nanti bleh je korang wrap kat aiport.. harga, aku tak pasti....

*credit to google


persiapan fizikal jangan lupe.. ade sehari tu.. aku berjalan kaki dengan mak aku, dari rumah ke kedai depan.. saje test kaki.. sampai kedai depan, kiteorang makan2.. balik bawak perut kenyang.. hihihi...  kalau korang rajin, jogging2 lah.. 

selain persiapan fizikal, buat la persiapan mental n dalaman.. hihi.. dekat2 kan lah diri dengan Allah.. solat taubat.. baca Al-Quran.. heee..

okay nanti aku sambung part2....


Thursday, 30 July 2015

Interview tips : Audit firm

Siapa yang suke pergi interview? Whoa. Thats really not me. Kenapa aku tak suke pergi interview? Sebab aku nervous bila nervous aku lupa. Confident level jangan cakap lah. Mesti dah lari awal2. Aku ada lah experience interview, aku dpt rasakan... experience itu penting untuk self confident... hiks..

First time aku pergi interview masa untuk masuk Universiti Teknologi Petronas (UTP). Masa tu aku gune result percubaan SPM.. then aku qualified utk pergi interview. Whop whopp why not kan?  Mcm mana interview kat sana? Masa tu kene tdo UTP semalam ke dua malam gitu.. firstly, dorang bahagikan ikot group. Masa aku tu 6 orang 1 group. Then... kene buat cm muet. Dia bagi tajuk, sorang pro sorang cons discuss. Then,masa tu aku masih memalu. So.. sume point dalam kepala aku, dah kene tibai awal2 dengan dak lain.. ada sorang dak pompuan ni.. dia memang outstanding gila. Aku pon teruja dengar dia cakap.. memang boleh nampak confident level dia tinggi. Rasanyaa... mase tu kene discuss about global warming.. bila ada discussion dalam group ni, memang kite kene betul2 outstanding. Menonjol sket supaya tak tenggelam dalam group tu.

Then... ade interview sorang2 dengan interviewer. You know what. He ask me..... tell me about yourself... what can you expect from a 17 years old student? Masa ni memang aku zero gile sal interview dan aku pon takde lah nak google2 ke pebende sebab masa ni pakai hp biasa je. Teka la apa aku jawap? Hahahahaha.... dengan noob nya aku speaking bercakap sal family sendri.. aku anak tunggal.. parents aku keje apa.. hahahahaha. Gler noob jawapan... masuk universiti... aku blajo cara2 nak jawap soklan gitu. Sebenarnya... kau tak perlu lah nak cite sal family.hahahahahah... okay boleh google ada banyak cara nak jawap soklan tu..  

Recently... aku buat job hunting. Zaman berjimba ponteng class dah habes. So... aku diberi peluang untuk pergi interview kat satu audit firm ni... one of big 4.. ade few assessment kene buat..

1. Online assessment
2. Account assessment
3. Essay
4. Interview

So... online assessment ni cuma nak tengok kau lepas ke tak untuk panggilan interview... bila dah dipanggil interview.. ada few questions related to accounts.. then... need to write an essay... not less than 150 words ( i didnt count). Then interview session....

Warning... what you write in the essay will be ask by the interviewer. So.. dont make up a fake story okay? Face palm.

The question is like... what is ur important decision so far.... krikkk krikkkk. Okay next.. the most favourite question is... TELL ME ABOUT YOURSELF. Hahaha. Kenot runnn la from this type of question. So.. i ady prepare the answer.. i tell em about what i did during university.. what type of activity i joined..

Next... they ask me... EXPLAIN YOUR FAVOURITE STANDARD. ohhhhh crap! Luckily i revise few standard. And my fav standard and the easiest to answer is MFRS 116 PLANT, PROPERTY AND EQUIPMENT. Hiks.... then they ask me about how to make sure the assets really exist... asertions things. Bla bla bla....

Oh ya! They ask me.. what do u see urself 3-5 years in the future? Oh crap. I forgot to prepare this kind of question. I simply goreng lah. I said.. i want to be in senior,manager or director position. Then they said. Hey to be a director, you need more than 10 years experience. Zzzzzzzzz. Hahahahahaha. But its okay la. Its just a prediction right. There is no right or wrong answer. Its just that your answer should be realistic la girl. Hihihihi

So guys... if you are in audit field.. kindly revise and remember a few standard okay! They might ask. Just be prepared. And dont forget to revise the audit reference books! They might ask about asertions and basic procedure. Hew hew...

When it comes to the end of interview session. They will ask... DO YOU HAVE ANY QUESTIONS? ask guyssssss. Ask a lot of question. They will be happy answering it. I have few suggestions..

1. Do you provide sponsorship for ACCA?
2. What about salary?
3. When can i get the result of the interview?
4. How about promotions?

And so on...

Okay goodluck guys! Dont panic. Its okay to attend more than 1 job interview. Its about experience guyssss! Diterima atau ditolak itu belakang cerita. Atleast, we have the experience.

Sunday, 26 July 2015

Sinopsis : Kontrol Histeria by Lejen Press


Hi korang.. kali ni nak buat review buku pulak.. sape yg minat baca buku thriller, kes bunuh2 tu.. sgt2 dialukan beli buku ni.. ni cerpen tau.. so ada banyak jenis kes pembunuhan... 

Harga? RM20 je kalau beli kt mph. Time ni aku beli melalui online mph je.. kebetulan ada free delivery kalau beli RM50 ke atas siap ada discount. So, order bayar dah sampai. 

Isi kandungan, ada banyak cerpen dalam ni.. nanti aku bg ringkasan satu2 cerpen.. ni bukan nak copy hakcipta atau apa tau. Tapi aku nak promote sebab novel ni best. Aku tertarik nak beli pun lepas baca review dari orang lain. 


1. Kontrol histeria by KHRLHSYM
" aku ambil playar kembali, lidahnya aku kepit, tarik keluar, panjang "
" Krak! gergaji sudah sampai ke bahagian tulang, bunyi lebih inzal dari biasa"

2. Pelepasan by April
Pameran mayat yang masih segar. Jantung masih berdegup. Kenapa? Sebab mangsa belum mati.

3. Pasar hirleyk by April
ini bukan pasar biasa yg jual ikan dan sayuran. Tapi pasar yang jual organ manusia! 

4.hik hik hik by Chacha
"Daging bakar dari celahan organza" 

5. Menunggu kau datang menjemput by Chacha
POV seorang mayat

6. Terjun ke nuraka by Dark half
Kisah org yg obses dengan nama Zakuan.

7. Sajak untuk Jeremy by Dark half
Hobi Jeremy..... mayat digilis keretapi...

8. Vigilante by Dex Morgan
The Death Shutter perogol dan pembunuh kejam.

9. Manusia Bangsat by eszol
lain kali jangan mandai2 kacau orang tengah nyanyi nanti kene bunuh. Hihihi

10. Misi by eszol
Misi pulang ke dunia yang ditinggalkan 23 tahun dulu. Misi apakah itu? Sila baca! Hihihi. Misi gilaaaaaaaaa ni.

11. Nanar by fiq vertigo
Kesian mikael kehilangan isteri dia. Bunuh diri sebab nak bersama dengan isterinya di alam lain.

12. Bunga melur by fiq vertigo
Setiap org ada pandangan masing2. Silap bagi pandangan, mati la kau....

13. Piano by gabanMorka
Lepas baca ni mohon jangan trayma dengan piano.

14. Paku by gabanMorka
Masih ada orang yang gembira merasai kesakitan dari paku.....

15. Bagahak by Ophan Bunjos
Kisah manusia hanibal...

16. Boomerang by Ophan bunjos
..........

17. Klasik Rom
Racun......

18. Adam by johan radzi
Penyakit mental Lycanthropy.....

Dan seterusnya kalau nak baca, beli lah.. hehe.. xde mase sgt nk tulis review sampai habis.... 

Wednesday, 22 July 2015

Review : Good Virtue Co

Okay ni produk baru dipasaran... rasanya baru tahun ni.. first time aku nampak kat Watson Jusco Tebrau. Packaging dah la cantik warna warni harga berbaloi. First aku nampak toner spray dia.. memang masa tu rasa cm nak grab terus bayar tapi aku kata lain kali lah sebab aku nak tgk review orang lain.. puas aku search kt google twitter instagram dan facebook. Kebanyakkan nya baru guna,so feedback tak berapa nak membantu.. then, aku nekad pergi beli pada hari seterusnya... 


Good Virtues Co. : Glowing & Goodness Brightening Day Cream.


Kebetulan mosturiser safi aku dah nak habes. So, why not aku try cream baru? Hehe. Mula2 aku ingat ni cream warna brown ala cm day cream tu. Tapi rupenye cm mosturiser cream jugak. Xde tester nak cuba, so aku beliiiii je. 
Best ke idak? Besttttt mcm mosturiser cream b4 ni. Yg ni wangi. Cream dia pon light je xheavy x berminyak. Nanti next post aku post gambar texture cream dia okay? Bagi aku, cream ni okay best sesuai dengan muka aku. Lagipun bekas cream dia best, picit je kua cream. So, hygine tu terjaga. Compare to cream yg bekas terbukak, terdedah dengan habuk la sket. Harga dia RM21 lebih gitu. Next....


Good Virtues Co. : Brightening Night Cream
Best ke idok? BEST sgt okay! Before ni aku ada lah angan2 beli night cream, tapi hampeh sebab aseq lupe je nak pakai. Mana taknya, kadang2 aku tertido dan kebanyakkannya malassssss. Hehe. Cream ni heavy pekat sket tapi siyes tak berminyak or melekit cm sesetengah night cream lain. Dia menyerap dan bila bangun pagi muka tak berminyak pon. Nampak cm glowing2 sket. Siyes best. Tapi aku pon aseq skip je pakai sebab lupa. Hihi. Kurang disiplin. Harga dia sama cam day cream RM21++. Next.....



Good Virtues Co : Brightening Facial Toner

Bagus ke idokk? BAGUS!!! Recommended sgt bagi orang yg malas nk pakai toner sebab kene carik kapas muka. Ni tinggal spray je uolssssss.. senang sgt. Pastikan tutup mata ye mase spray, kang kene mata tak pasal2. Tapi aku masih xbape reti nak jaga jarak masa spray, kadang2 spray dekat sangat sampai termasuk hidung toner nya!hahaha. Uols sila spray jauh sket ye dari muka. Lepas tu biarkan kasi toner tu meresappp dulu,then baru leh apply day cream dia.. harga aku lupa la yang ni.. rasa cm RM11++ tapi affordable lah. Murah dan berbaloi... next.....



Good Virtues Co. : Anti-Dandruff Care Shampoo Nourishing Hair Fall Protection.

Best ke idokk??? Hehe. Shampoo dia wangi sangat. Tapi sila beli conditioner dia skali ea. Sebab aku beli shampoo je xbeli conditioner. So, rambut aku agak kering lepas pakai shampoo dia. Aku rasa kalau pakai conditioner mesti lembu je rambut. Aku ni jenis malas nak pakai conditioner, sejak dlu mmg xrajin sebab aku tak bape suke texture yg cm berminyak tu. Pada mulanya memang aku xde niat nak beli shampoo dia pon, tapi sebab ada promosi RM8 jer. So, aku pejam mata je dan beli. Hehe. 




After all, aku rasa produk2 GVC ni bagus sebab ada campuran habatul sauda.. ada cop halal skali tau. Packaging menarik. Harga berbaloi. Botol dia pon best! So, apa lagi? Pergi laaaaaaaa beli! Pergi kat Watson.. setakat ni aku tak nampak ada kat Guardian.. sekian entries kali ni... 






Click laaaaa kat iklan yg ada tu! Maceh :)

Monday, 6 July 2015

BODY SHOP : EAU DE TOILETTE

Sape yang suke perfume body shop? First fall in love dengan Indian Night Jasmine body shop. ni pun sebab orang tersayang yg bagi.. masa tu belajar lagi, mana la ada budget nak melaram dengan perfume2 ni. disebabkan itu first perfume yg aku guna dari body shop. so, bau tu dah melekat kat hidung. Kira dah cam serasi lah... so kali kedua aku beli perfume ni jugak kat body shop.. Masa tu, gaji keje part time. ihiks. gigih beli sebab rindu bau jasmine.... 


then, masa sales hari tu... perfume ni ada diskaun sket je.. lepas diskaun dalam RM80 lebih gitu.. so disebabkan masa tu aku dah borong barang lain, so aku beli la perfume lain yg ada banyak disc. So, aku pilih Strawberry ada disc 50%. Bau dia tersangat lah manis. sampai aku sendri pening. aku letak sket je kat nadi, tapi kesanya aku bersin 3 4 kali. punya la harum manis. dan aku rasa agak menyesal beli sebab bau tak sesuai dengan hidung aku. hihi. tapi dah belikan.. nak buat camne... pakai jelaaaaaa. bagi sape2 yang suke bau manis potong kaki ni boleh la beli... tapi lepas balik rumah haritu, aku terbau2 perfume coco ke chocolate gitu, sedap je... 





Click la kat iklan yang ada tu, Thanks ! :)


BODY SHOP : FOOT CARE


Body Shop :FOOT FILE SPOON RM28




Kembali dengan review kali ni Body Shop : Foot File Spoon RM28

Tapi kalau beli masa sales cuma RM20 kalau tak silap. Benda ni untuk gosok2 kaki sebenarnya..  Korang boleh la beli rangkaian foot care body shop. Setakat ni… aku ada scrub dan untuk rendam kaki.. harga memang power rangers mahal. Tapi berbaloi la dengan jenama dan bau dia. Pepermint kot, sedap bau dia. Ok back to foot scrub.. lepas korang lumur scrub body shop kat kaki, korang boleh berus dengan benda biru ni. Hihi. Agak geli… dia ada pemegang.. senang korang nak pegang sendok ni sambal gosok.. 

Okay! Bagi korang yg ada kulit tebal.. tak sensitive.. korang boleh berus benda alah ni kat badan. Segala mak nenek daki akan keluar! Confirm! Aku dah cuba! Hahahaha. Serious seronok.. lepas korang letak scrub kat badan.. korang beros dengan benda biru ni, confirm puas hati punya tengok dakidaki hasil berusan tadi. Tapi jgn berus kuat sangat. Kang kulit merah2 sampai luka aku tak bertanggungjawab kay! Kalau gune scrub then gune berus tadi, agak rough untuk kulit badan. So, prefer guna sabun biasa je.. then berus.. try berus kat lengan… confirm keluar daki punya! 

Tapi caution ya. Berus ni ada dua muka, satu kasar dan satu lagi smooth sket. Guna la berus yg smooth tu untuk berus badan… yg rough tu untuk kaki.. pandai2 la sesuai kan dengan kulit badan korang okay? Kalau kulit jenis sensitive nipis (garu sket dah luka) di nasihatkan jangan ikot apa yg hakak tulis ni. Nanti kang bermerah2 plak kulit tu,

Untuk Foot File Spoon ni sebab dia ada dua kegunaan, so hakak bagi 4.5 bintang! recommended untuk korang beli.




Body Shop : PEPPERMINT SMOOTHING PUMICE FOOT SCRUB RM45




















Okay yg ni rupe scrub dia... scrubnya halus2 je. dan bau peppermint! sedap sangat okay! kalau benda ni makanan, aku dah kunyah2 nyum nyum confirm mulut harum lepas tu. ihiks. harga agak mahal, so boleh la beli taim sales.. dapat la  harga RM30++ Tapi benda ni tahan lama, harga berpatutan lah. portion pon besar. hakak bagi 4 bintang.


Body Shop : PEPPERMINT REVIVING FOOT SOAK RM59




















Okay ni foot soak... macam garam bukit korang buat rendam kaki tu, tapi bezanya, garam bukit tu murah ye adik akak sekalian. ni harga RM59 tapi berbaloi jugak sebab best bau dia. ihiks. beli la taim body shop sales ye... murah... masa ni aku beli taim sales biasa sales bulan 5 or 6 gitu.. ni akak bagi 4 bintang...



Body shop : PEPPERMINT COOLING FOOT SPRAY  RM45






















aku suka rangkaian foot care body shop ni sebab semua nya berbau peppermint! tapi yang foot spray ni masih dalam list to buy. sebab sekarang aku ada foot spray jenama lain. hehe.. aku pernah cuba benda ni.. kan ada tester.. apa lagi.. spray la kat kaki. haha. best gila. kaki rasa berangin!! bagi yang kaki selalu busuk tu. beli lah ni... boleh kasi bau ppermint. hihihihi.. bak kata hakak salesgirl tu... spray ni je hilang penat kaki. bagi aku pulak, lepas spray, kaki aku masih penat, mana taknya round jusco tu 3 4 kali. spray benda ni satu botol pon belom tentu reda lenguh kaki. hihi.. korang boleh la beli ye.. pastu bagi tau aku experience korng gune benda ni. berbaloi ke tak..



Body shop : PEPPERMINT INTENSIVE FOOT RESCUE rm55





















Okay... ni foot lotion.. sebab aku jenis tak suke nak sapu2 lotion ni, jadinya aku tak berminat la nak beli. tapi uols boleh la try ye...

 "Soften and revive your rough, tired feet with a skin-smoothing moisturizer that also cools and deodorizes—a customer favorite since 1985! Best for all skin types." 


Sekian Body Shop Foot Care review dr hakak sofiesollysue. 
Bagi hakak2 yg blogwalking tu, click la iklan yg ada :)




Tuesday, 2 June 2015

REVIEW TEMPAT MAKAN SEDAP KAT MERSING,JOHOR : #BAEK CAFE & BISTRO !!



Lamb chop terbaek punya! Sedap menjejes air liur! 


Pehhhh.... tengok ni. burger daging double special. Biasa pergi kedai burger dorang letak sos blackpper kan... Tapi yang ni... dorang letak sos yg biasa korang makan dengan ciken cop lamb chop segala! Sedap gila tau?



Here. Ce teka apa? Ciken chop the best in Kg Benaung! ceh lain mcm je promote? Tapi siyes sedap. rangup dan sos dia tu! FUhhhh

lamb chop fresh tunggu tabur kuah je


Steak! okay yg ni aku belom sempat rasa. Tapi kalau dah guna sos #baek tu confirm sedap punya!


Cafe ni bukak kol 6 petang sampai malam. Depan rumah je dia bukak. Santai2. Dulu ada kedai, tapi dah pindah depan rumah. Lokasi berbeza tapi rasa tetap sama! Hmmmmm........ sedapnya kalau dapat lambchop sekarang... ni la... puasa2 tengok makanan pulakkkk. Kalau dekat aku dah serbu hari2.
wuuuuuuu. boleh pergi usha page kat facebook : #Baek Cafe & Bistro

LEMPENG KOTA TINGGI

Sape suke makan lempeng? Okay sape2 duk area Kota Tinggi dan sekitarnya... kalau teringin sangat nak makan lempeng tapi malas nak bancuh tepung dan sebagainya..... boleh lah bawak anak tekak dan perut jenguk "Warung Lempeng" ni... Ni area pekan Kota Tinggi... Dekat Kg Makam...  macam2 lempeng ada. Dan dibuka pagi sampai tengah hari rasanya...

Ada sekali tu, tekak ni teringin sangat nak makan lempeng tapi tak tau kedai mana yang jual. Google2 tapi takde pulak blog yang buat review sal kedai lempeng. So, here aku share! Semoga berguna untuk sesiapa yang teringin nak makan lempeng dan berblogwalking hihi!

Lempeng2 dia murah je bawah RM2 semuanya... Lempeng biasa, kelapa, telur, sardin, pisang, bawang...ada lagi tapi dah lupa... lempeng memang murah! tapi... Lauk sampingan dia.. agak mahal tapi berbaloi2. 1 mangkuk kecik tu dikira RM3.. macam2 lauk ada. kerang sambal. paru sambal. daging cincang. ayam masak merah la kari lah. Dan di kedai ni ada jugak jual lauk2 ikot tema hari... Contoh, Isnin ada Laksa.. Selasa Nasi beriyani... (aku lupa tema lauk dan hari!). Selain tu, ada jugak org duk tebar roti. Roti canai, roti telur...

Aku suka sangat dorang buat Milo Ais.. peh pekat dan manis complete. Minum secawan tak cukup. Kadang2 aku order dua cawan.. yelaa. lempeng cecah sambal paru (pedas). Pedas2 pon sedap.. so aku layan jela benda sedap kan... haha

Ni la rupe kedainya, tepi jalan jer,,,

Lempeng kelapa dan lempeng telor. Sambal paru dan sambal ketok ikan bilis. Power!

Aku rasa nak buat lempeng ni senang je... tapi yela.. aku kan rajin sangat pergi dapur. hihi... So aku amek jalan pintas. pergi je kedai bawak duit n perut. Orderr, Makan, Bayo balik Tidooooooooo.
Dasar gemok pemalas :P


Sekian entry kali ni. 
*tolong laaaaa click iklan yang ada :) Thanks!

Monday, 1 June 2015

REVIEW : SAFI BALQIS WHITE TRILOGY

Sape pernah guna mosturiser ni? sep sikit!!
Aku memang jenis kene pakai moisturiser sebab kulit aku kerap kering. Kenapa? sebab aku jenis tak rajin minum air masak, (Sila jangan contohi sikap ni). Untuk korang yang nak muka selalu lembab ada beberapa tips:

  1. Minum air masak secukupnya! bukan tekak je lembab, kulit seluruh badan pon lembab. Moisturize sentiasa!
  2. Pakai la pelembab yang bersesuaian dengan muka. Kalau aku, aku sesuai dengan Safi Balqis ni, So, aku repeat guna (dah botol kedua). Kalau muka anda jenis senang berminyak, atau keje bawah matahari panas segala, disarankan jangan pakai moisturiser sebab kulit muka akan lebih berminyak! Disarankan pakai sunblock ya. 
  3. Akhir sekali, korang boleh lah amek wudhu/cuci muka. 


Aku biasa tepek moisturiser ni before taptap compact powder. Dah jadi kebiasaan untuk apply pelembab ni dulu before kuar rumah. Atleast, nampak la putih berseri sket muka aku lepas guna pelembab ni, Sebab dia ada white trilogy! Ha, bukan wajah lembab je siap dapat pakej putih uols!

Aku bagi 5 bintang!




Krim Pelembap Siang SPF20PA++ SAFI BALQIS White Trilogy mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.
SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:
  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
*Pada lapisan epidermis.
**Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.



*Kindly click kat ads yang ada! Thanks :)