Showing posts with label review product. Show all posts
Showing posts with label review product. Show all posts

Saturday, 30 January 2016

GOOD VIRTUES CO : BRIGHTENING DAY CREAM



TADAAAAA!
siapa yang dah try GOOD VIRTUES CO punya product? sep sikit. aku dengan jayanya dah habeskan sebotol day cream. bila tekan2 dah xkuar cream, tu maksudnya dah habes la cream aku... aku mmg jenis muka yg kering, lagi2 kalau duk dalam air-con. mmg cepat kering... kalau kering tu, siap menggelupas. lagi leceh.. so, mmg biasa sebelum pegi keje, aku akan pakai moisturiser ni dulu... sebelum pakai base cream.. day cream ni tak heavy.. memang sesuai nak buat moisturizer.. cuma night cream dia pekat sikit... yg ni aku slalu skip pakai sebab naik bilik je, bam tido.. bila da ngantuk sgt, segala apa aku lupa.. tapi day cream ni mmg aku xskip la.. mmg kire kewajipan sapu day cream b4 sapu cream make up.. cuma skg ni, aku pakai base cream jenama local, kan skg tgh kecoh ade mercury la apa la.. aku tengah piki nak crk base cream lain.. cuma aku xreti nak pakai foundation/bb cream sebab mcm heavy sgt and berminyak.. dan sebab muka aku jenis kering, so, tiap kali pakai cream yg heavy ni, mesti bercapuk... i issss soooo saddddd.. ni la padahnya bila xrajin minum air masak...huhu

Wednesday, 22 July 2015

Review : Good Virtue Co

Okay ni produk baru dipasaran... rasanya baru tahun ni.. first time aku nampak kat Watson Jusco Tebrau. Packaging dah la cantik warna warni harga berbaloi. First aku nampak toner spray dia.. memang masa tu rasa cm nak grab terus bayar tapi aku kata lain kali lah sebab aku nak tgk review orang lain.. puas aku search kt google twitter instagram dan facebook. Kebanyakkan nya baru guna,so feedback tak berapa nak membantu.. then, aku nekad pergi beli pada hari seterusnya... 


Good Virtues Co. : Glowing & Goodness Brightening Day Cream.


Kebetulan mosturiser safi aku dah nak habes. So, why not aku try cream baru? Hehe. Mula2 aku ingat ni cream warna brown ala cm day cream tu. Tapi rupenye cm mosturiser cream jugak. Xde tester nak cuba, so aku beliiiii je. 
Best ke idak? Besttttt mcm mosturiser cream b4 ni. Yg ni wangi. Cream dia pon light je xheavy x berminyak. Nanti next post aku post gambar texture cream dia okay? Bagi aku, cream ni okay best sesuai dengan muka aku. Lagipun bekas cream dia best, picit je kua cream. So, hygine tu terjaga. Compare to cream yg bekas terbukak, terdedah dengan habuk la sket. Harga dia RM21 lebih gitu. Next....


Good Virtues Co. : Brightening Night Cream
Best ke idok? BEST sgt okay! Before ni aku ada lah angan2 beli night cream, tapi hampeh sebab aseq lupe je nak pakai. Mana taknya, kadang2 aku tertido dan kebanyakkannya malassssss. Hehe. Cream ni heavy pekat sket tapi siyes tak berminyak or melekit cm sesetengah night cream lain. Dia menyerap dan bila bangun pagi muka tak berminyak pon. Nampak cm glowing2 sket. Siyes best. Tapi aku pon aseq skip je pakai sebab lupa. Hihi. Kurang disiplin. Harga dia sama cam day cream RM21++. Next.....



Good Virtues Co : Brightening Facial Toner

Bagus ke idokk? BAGUS!!! Recommended sgt bagi orang yg malas nk pakai toner sebab kene carik kapas muka. Ni tinggal spray je uolssssss.. senang sgt. Pastikan tutup mata ye mase spray, kang kene mata tak pasal2. Tapi aku masih xbape reti nak jaga jarak masa spray, kadang2 spray dekat sangat sampai termasuk hidung toner nya!hahaha. Uols sila spray jauh sket ye dari muka. Lepas tu biarkan kasi toner tu meresappp dulu,then baru leh apply day cream dia.. harga aku lupa la yang ni.. rasa cm RM11++ tapi affordable lah. Murah dan berbaloi... next.....



Good Virtues Co. : Anti-Dandruff Care Shampoo Nourishing Hair Fall Protection.

Best ke idokk??? Hehe. Shampoo dia wangi sangat. Tapi sila beli conditioner dia skali ea. Sebab aku beli shampoo je xbeli conditioner. So, rambut aku agak kering lepas pakai shampoo dia. Aku rasa kalau pakai conditioner mesti lembu je rambut. Aku ni jenis malas nak pakai conditioner, sejak dlu mmg xrajin sebab aku tak bape suke texture yg cm berminyak tu. Pada mulanya memang aku xde niat nak beli shampoo dia pon, tapi sebab ada promosi RM8 jer. So, aku pejam mata je dan beli. Hehe. 




After all, aku rasa produk2 GVC ni bagus sebab ada campuran habatul sauda.. ada cop halal skali tau. Packaging menarik. Harga berbaloi. Botol dia pon best! So, apa lagi? Pergi laaaaaaaa beli! Pergi kat Watson.. setakat ni aku tak nampak ada kat Guardian.. sekian entries kali ni... 






Click laaaaa kat iklan yg ada tu! Maceh :)

Monday, 1 June 2015

REVIEW : SAFI BALQIS WHITE TRILOGY

Sape pernah guna mosturiser ni? sep sikit!!
Aku memang jenis kene pakai moisturiser sebab kulit aku kerap kering. Kenapa? sebab aku jenis tak rajin minum air masak, (Sila jangan contohi sikap ni). Untuk korang yang nak muka selalu lembab ada beberapa tips:

  1. Minum air masak secukupnya! bukan tekak je lembab, kulit seluruh badan pon lembab. Moisturize sentiasa!
  2. Pakai la pelembab yang bersesuaian dengan muka. Kalau aku, aku sesuai dengan Safi Balqis ni, So, aku repeat guna (dah botol kedua). Kalau muka anda jenis senang berminyak, atau keje bawah matahari panas segala, disarankan jangan pakai moisturiser sebab kulit muka akan lebih berminyak! Disarankan pakai sunblock ya. 
  3. Akhir sekali, korang boleh lah amek wudhu/cuci muka. 


Aku biasa tepek moisturiser ni before taptap compact powder. Dah jadi kebiasaan untuk apply pelembab ni dulu before kuar rumah. Atleast, nampak la putih berseri sket muka aku lepas guna pelembab ni, Sebab dia ada white trilogy! Ha, bukan wajah lembab je siap dapat pakej putih uols!

Aku bagi 5 bintang!




Krim Pelembap Siang SPF20PA++ SAFI BALQIS White Trilogy mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.
SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:
  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
*Pada lapisan epidermis.
**Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.



*Kindly click kat ads yang ada! Thanks :)

REVIEW : HIMALAYA NEEM FACE WASH



*gambar dr google

Nak buat review tak berbayar untuk produk Himalaya. Aku dah pakai Himalaya Neem Face Wash ni hampir 2 tahun! Muka aku jenis sensitive, senang naik jerawat, berminyak dan kekadang kering gila! Sebelum aku buat keputusan untuk pakai ni, aku ada la buat blogwalking tengok review2 dari blogger lain. Mostly bagi good review. So, aku amek keputusan untuk cuba, WoW! This product work on me. Kulit muka aku sangat teruk masa nak meningkat naik (FORM 5). Ya ampun, berterabor jerawat and merah2 naik kat dahi. Dahi aku dah tak serupa dahi, merah2 sangat. Masa ni, baru aku tersedar...aku kene pakai pencuci muka... Dan pencuci yang sangat hot meletop kat iklan2 tv adalah........................
*gambar dari google


Untuk budget sekolah menengah, aku mampu beli pencuci "Clean n Clear Pimple Clearing Face Wash" ni. Ya, pencuci ni bantu masalah kulit aku masa tu. Berkurang lah jugak kemerah2an di dahi ku ini. Kawan2, aku pakai pencuci muka ni sekali dengan pimple gel "Clean n Clear Acne Spot Treatment".

*gambar dari google

Agak lama aku pakai pencuci muka ni. Dari zaman sekolah ke zaman matrik. Oleh kerana masa zaman Universiti, ada la budget lebih utk penjagaan wajah, so aku cuba bermacam2 produk untuk solve kan problem pimple ni. Semua produk acne kat guardian tu aku beli... Tapi benda ni bila pakai lama2, dia macam dah serasi sangat dengan muka. So, dia dah tak berapa nak effective menentang maknenek jerawat.  

Jadinya, aku sekarang masih menggunakan Hiamalaya Neem Face Wash. Pimple dah berkurang. Tapi masih ada sebab hormon tak stabil dan aku jenis malas nak minum air masak. Bagi yang ada masalah jerawat, aku memang syorkan korang try Himalaya ni... Product ni pon 100% herbal active. Bagus kan? Takde banyak chemical.

Tips 1: Kalau pencuci muka korang menghasilkan banyak buih, maknanya pencuci muka tu ada banyak chemical. Korang try buat research kalau tak percaya (hihi). Pencuci muka himalaya ni tak menghasilkan terlalu banyak buih (korang boleh cuba kalau tak percaya).

Tips 2 : Mana nak beli produk Himalaya ni? Kalau korang nak tengok produk ni secara dekat, korang boleh pergi kedai Himalaya. Himalaya ada kedai tersendri tau. Kat mana ada? Korang boleh pergi ke kedai berdekatan... ATAU! Pergi je Guardian/Watson... situ ada jual jugak... 

  1. Mid Valley Megamall Lower Ground Lot 72 & 73, (Opposite Guardian Pharmacy
  2. Suria KLCC Shopping Centre Lot C 43C, 
  3. Pavilion KL P1.04.00, Level 1,
  4. Lot G12, Aeon Bandaraya Melaka Shopping Centre 
  5. Sunway Pyramid Lot LG2-130, Lower Ground 2
  6. The Mines Unit No. L1-73,
  7. Aeon Tebrau City Shopping Centre
  8. City square JB
  9. Gurney Plaza Lot
  10. LG-48, Queensbay Mall
  11. Ground Floor IOI Mall
  12. Empire Shopping Gallery
  13. Wangsa Walk Mall
  14. Kompleks Karamunsing
  15. One Utama Shopping Mall
  16.  Jusco Taman Maluri Shopping Center
Tips 3 : Harga? berpatutan dan tahan lama! RM20++ untuk pack besar. RM15++ untuk pack kecik.
Exact harga aku lupa... Aku syorkan korang compare harga antara Himalaya shoplot dan Guardian/Watson. Kadang2 harga dorang jauh beza. Kadang2 Himalaya ada buat promotion, buy 1 free 1. Hiks...


Gambar masa zaman Matrik tahun 2010. Boleh nampak bintik2 hitam bekas jerawat. Masa ni masih jenis tak jaga muka. Before pakai Himalaya Neem Face Wash.



Ni gambar terbaru. Tahun 2015. Gambar no filter guna kamera depan.. Bukan 360 okay. Hanya pakai mosturiser dan tepek bedak compact. Takde BB Cream. Okay nampak beza tak? Hiksss








*Next post nanti aku share sal ubat jerawat taptap kat jerawat! 
*Kindly click kat advertisement yang ada! :)