Showing posts with label pelembab. Show all posts
Showing posts with label pelembab. Show all posts

Saturday, 30 January 2016

GOOD VIRTUES CO : BRIGHTENING DAY CREAM



TADAAAAA!
siapa yang dah try GOOD VIRTUES CO punya product? sep sikit. aku dengan jayanya dah habeskan sebotol day cream. bila tekan2 dah xkuar cream, tu maksudnya dah habes la cream aku... aku mmg jenis muka yg kering, lagi2 kalau duk dalam air-con. mmg cepat kering... kalau kering tu, siap menggelupas. lagi leceh.. so, mmg biasa sebelum pegi keje, aku akan pakai moisturiser ni dulu... sebelum pakai base cream.. day cream ni tak heavy.. memang sesuai nak buat moisturizer.. cuma night cream dia pekat sikit... yg ni aku slalu skip pakai sebab naik bilik je, bam tido.. bila da ngantuk sgt, segala apa aku lupa.. tapi day cream ni mmg aku xskip la.. mmg kire kewajipan sapu day cream b4 sapu cream make up.. cuma skg ni, aku pakai base cream jenama local, kan skg tgh kecoh ade mercury la apa la.. aku tengah piki nak crk base cream lain.. cuma aku xreti nak pakai foundation/bb cream sebab mcm heavy sgt and berminyak.. dan sebab muka aku jenis kering, so, tiap kali pakai cream yg heavy ni, mesti bercapuk... i issss soooo saddddd.. ni la padahnya bila xrajin minum air masak...huhu

Monday, 1 June 2015

REVIEW : SAFI BALQIS WHITE TRILOGY

Sape pernah guna mosturiser ni? sep sikit!!
Aku memang jenis kene pakai moisturiser sebab kulit aku kerap kering. Kenapa? sebab aku jenis tak rajin minum air masak, (Sila jangan contohi sikap ni). Untuk korang yang nak muka selalu lembab ada beberapa tips:

  1. Minum air masak secukupnya! bukan tekak je lembab, kulit seluruh badan pon lembab. Moisturize sentiasa!
  2. Pakai la pelembab yang bersesuaian dengan muka. Kalau aku, aku sesuai dengan Safi Balqis ni, So, aku repeat guna (dah botol kedua). Kalau muka anda jenis senang berminyak, atau keje bawah matahari panas segala, disarankan jangan pakai moisturiser sebab kulit muka akan lebih berminyak! Disarankan pakai sunblock ya. 
  3. Akhir sekali, korang boleh lah amek wudhu/cuci muka. 


Aku biasa tepek moisturiser ni before taptap compact powder. Dah jadi kebiasaan untuk apply pelembab ni dulu before kuar rumah. Atleast, nampak la putih berseri sket muka aku lepas guna pelembab ni, Sebab dia ada white trilogy! Ha, bukan wajah lembab je siap dapat pakej putih uols!

Aku bagi 5 bintang!




Krim Pelembap Siang SPF20PA++ SAFI BALQIS White Trilogy mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.
SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:
  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
*Pada lapisan epidermis.
**Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.



*Kindly click kat ads yang ada! Thanks :)