Monday 6 July 2015

BODY SHOP : FOOT CARE


Body Shop :FOOT FILE SPOON RM28




Kembali dengan review kali ni Body Shop : Foot File Spoon RM28

Tapi kalau beli masa sales cuma RM20 kalau tak silap. Benda ni untuk gosok2 kaki sebenarnya..  Korang boleh la beli rangkaian foot care body shop. Setakat ni… aku ada scrub dan untuk rendam kaki.. harga memang power rangers mahal. Tapi berbaloi la dengan jenama dan bau dia. Pepermint kot, sedap bau dia. Ok back to foot scrub.. lepas korang lumur scrub body shop kat kaki, korang boleh berus dengan benda biru ni. Hihi. Agak geli… dia ada pemegang.. senang korang nak pegang sendok ni sambal gosok.. 

Okay! Bagi korang yg ada kulit tebal.. tak sensitive.. korang boleh berus benda alah ni kat badan. Segala mak nenek daki akan keluar! Confirm! Aku dah cuba! Hahahaha. Serious seronok.. lepas korang letak scrub kat badan.. korang beros dengan benda biru ni, confirm puas hati punya tengok dakidaki hasil berusan tadi. Tapi jgn berus kuat sangat. Kang kulit merah2 sampai luka aku tak bertanggungjawab kay! Kalau gune scrub then gune berus tadi, agak rough untuk kulit badan. So, prefer guna sabun biasa je.. then berus.. try berus kat lengan… confirm keluar daki punya! 

Tapi caution ya. Berus ni ada dua muka, satu kasar dan satu lagi smooth sket. Guna la berus yg smooth tu untuk berus badan… yg rough tu untuk kaki.. pandai2 la sesuai kan dengan kulit badan korang okay? Kalau kulit jenis sensitive nipis (garu sket dah luka) di nasihatkan jangan ikot apa yg hakak tulis ni. Nanti kang bermerah2 plak kulit tu,

Untuk Foot File Spoon ni sebab dia ada dua kegunaan, so hakak bagi 4.5 bintang! recommended untuk korang beli.




Body Shop : PEPPERMINT SMOOTHING PUMICE FOOT SCRUB RM45




















Okay yg ni rupe scrub dia... scrubnya halus2 je. dan bau peppermint! sedap sangat okay! kalau benda ni makanan, aku dah kunyah2 nyum nyum confirm mulut harum lepas tu. ihiks. harga agak mahal, so boleh la beli taim sales.. dapat la  harga RM30++ Tapi benda ni tahan lama, harga berpatutan lah. portion pon besar. hakak bagi 4 bintang.


Body Shop : PEPPERMINT REVIVING FOOT SOAK RM59




















Okay ni foot soak... macam garam bukit korang buat rendam kaki tu, tapi bezanya, garam bukit tu murah ye adik akak sekalian. ni harga RM59 tapi berbaloi jugak sebab best bau dia. ihiks. beli la taim body shop sales ye... murah... masa ni aku beli taim sales biasa sales bulan 5 or 6 gitu.. ni akak bagi 4 bintang...



Body shop : PEPPERMINT COOLING FOOT SPRAY  RM45






















aku suka rangkaian foot care body shop ni sebab semua nya berbau peppermint! tapi yang foot spray ni masih dalam list to buy. sebab sekarang aku ada foot spray jenama lain. hehe.. aku pernah cuba benda ni.. kan ada tester.. apa lagi.. spray la kat kaki. haha. best gila. kaki rasa berangin!! bagi yang kaki selalu busuk tu. beli lah ni... boleh kasi bau ppermint. hihihihi.. bak kata hakak salesgirl tu... spray ni je hilang penat kaki. bagi aku pulak, lepas spray, kaki aku masih penat, mana taknya round jusco tu 3 4 kali. spray benda ni satu botol pon belom tentu reda lenguh kaki. hihi.. korang boleh la beli ye.. pastu bagi tau aku experience korng gune benda ni. berbaloi ke tak..



Body shop : PEPPERMINT INTENSIVE FOOT RESCUE rm55





















Okay... ni foot lotion.. sebab aku jenis tak suke nak sapu2 lotion ni, jadinya aku tak berminat la nak beli. tapi uols boleh la try ye...

 "Soften and revive your rough, tired feet with a skin-smoothing moisturizer that also cools and deodorizes—a customer favorite since 1985! Best for all skin types." 


Sekian Body Shop Foot Care review dr hakak sofiesollysue. 
Bagi hakak2 yg blogwalking tu, click la iklan yg ada :)




No comments:

Post a Comment