Tuesday 12 March 2019

Pengalaman : Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pacaindera dan Kecergasan Pegawai Siasatan Gred 41 SPRM

Hai semua,

Dah lama rasanya tak menulis. Kali ni aku nak share pengalaman aku pergi Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pacaindera dan Kecergasan Pegawai Siasatan Gred 41 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kat Johor.




Jawatan ni boleh apply kat website SPA ya, update lah permohonan kerja tu yee... kat website ni https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Masa dapat email tu memang excited habis tapi tak berharap sebab kawan aku cakap, kalau nak masuk SPRM kene kursus 9bulan! mak aihhhh... kalau mengandung dah beranak tau! tapi aku pergi jugak, untuk pengalaman...

Sedikit sebanyak guide yang aku boleh bagi :

Kat email ada attach panduan pemeriksaan . Ade dua bahagian, ikut turutan, kalau 1 out, bye2 sila la balik. hahaha

Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera
- BMI  https://www.calculator.com.my/bmi-calculator#.XIduACIzbIU
- Penglihatan
- Pendengaran
- Gaya Tubuh Badan

kat sini, sape yang BMI 19-29 selamat. yang lebih dari tu, bye2 sila balik. HAHA

Penglihatan 3/6, so selamat kalau lepas 3.. sape rabun tinggi tu, jangan ngade2 nak pakai contact lense jernih lah apa, SPRM ni tau. tak baik menipu.

Gaya tubuh badan. DISCLAIMER : untuk perempuan, sila pakai SPORT BRA ya! sebab dia akan cek badan kalau ada bekas2 eksiden atau tatoo. dan jangan lupa SHAVE, kang malu pemeriksa tengok bulu ketiak panjang berjelaaa....hahahaha... Praktis2 lah berkawad ya.. nanti dia test cara jalan, cara kawad..

Jika semua di atas anda lepas, baru pergi next round...

Pemeriksaan Kecergasan
- Lompat jauh berdiri
- Lari ulang alik
- Bangun Tubi
- Larian 2.4km

setiap ni ada masa, so, kalau lepas lompat jauh berdiri, baru pergi next round. dan seterusnya... kalau tak lepas, terus gagal, dan bye2 sila balik...


Jangan pergi, kalau anda :

  1. BMI kurang 19 atau lebih 29.
  2. Pregnant
  3. Baru lepas bersalin (dalam masa 2 tahun), lebih 2tahun takpe.. Lagi2 ceaser.
  4. Masalah kesihatan yang serious, asma, jantung,darah tinggi.
  5. Ada besi dalam badan. (pernah kemalangan)
  6. Rabun teruk. takut tak lepas 3/6 test
  7. Tak tahan kene maki
  8. Tak pandai kawad
  9. Tangan/Bahu bengkok/tak lurus
sila jangan buang masa kalau anda tergolong dalam senarai di atas.


Persediaan

  • Sila2 lah exercise untuk kumpul stamina sebelum pergi Ujian Fizikal ni ya... Kang separuh jalan, dah kene balik, bazir masa je..
  • Bawa IC dan surat panggilan ujian
  • Bawa Air Masak
  • Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai (untuk mengelakkan sebarang kecederaan)
Bila korang lepas semua pemeriksaan kecergasan, nanti akan di panggil untuk Interview kt KL..
yang ni aku tak dapat nak kongsi kan, sebab aku pun sangkut kat lompat jauh berdiri! hahahahaha

secara umum nya, bagus pengalaman dapat pergi ujian kecergasan ni.. ye betul, akan ada 9bulan kursus kat kem. kene kawad. so, siapa2 yang nak berkahwin kene tangguh.. siapa yang pregnant dalam tempoh 9 bulan tu, terus kene buang.
so, SPRM memang nak cari pegawai2 yang cergas ya.. bukan jenis lembik2...

Goodluck pada siapa2 yang betul2 nak masuk SPRM. do your best! 

CEGAH RASUAH!!