Thursday 13 September 2018

NETFLIX vs IFLIX

Hi I'm Backkkkkkk...

Aku ni newbie lagi netflix iflix ni.. sejak dah ada anak ni, aku xberkesempatan nak tengok tv lagi dah... Dulu masa single, rajin lah layan CSI, Law & Order.... now nak tengok tv pun rasa mcm takde masa...

IFLIX

okay, kalau pengguna celcom prepaid yang langgan internet.. memang akan dapat premium pass untk Iflix.. FREEEE je kalau nak tgk Iflix.. tak payah bayar.. TETAPI... puas aku belek, scroll, search... takde langsung movie yang best... semua macam movie2 lama... tak menarik langsung...
so, aku decide nak try 1 month Netflix...

NETFLIX

okay, aku sebenarnya tak reti macam mana nak langgan netflix ni.. aku siap search Facebook, google.. hahaha.. okay, sebenarnya ada 3 cara untuk dapatkan 1 month free ni..

1. Credit Card/Debit Card

No choice, nak dapat kan free punya pasal.. kene masukkan maklumat debit card. Sebelum tu, korang kene call bank untuk activekan debit card korang ke tahap international... hahaha. korang call no yang ada belakang card bank tau. jangan sebarang2 google no bank. takut tersangkut scammer pulak.

Firstly, aku call cimb bank. Mintak activekan... lepas tu aku try isi maklumat debit card... tak boleh2.. Lepas tu aku call Ambank pulak.. Staff Ambank ni baik.. Masa aku call bank, aku cakap aku nak register Netflix.. Dorang terus cakap, okay cik saya kene activekan international transaction untuk card cik ya...aku rasa dorang memang dah aware dengan Netflix. mesti ramai yang call sebab Netflix hahaha.. Kalau Ambank, staff tu tanya, cik nak saya activekan international transaction ni untuk berapa lama? aku pun cakap, sebulan je.. sebab Netflix ni free Sebulan je... Kalau sebulan free dah habis, dia nak deduct acc aku tak boleh... sebab aku activekan international transaction sebulan je..

So, kali kedua aku cuba kad ambank.. pun tak boleh.. dia tulis error in processing. aku naik fed up tunggu2 tak boleh...last2 aku cuba tukar email lain untuk register... taraaaa... sucessfull...!

2. Pospaid

Kalau korang guna pospaid boleh kot try gune kaedah ni untuk register...

3. Voucher Code/ Gift Code

Actually, korang boleh beli gift card Netflix kat 7Eleven (7E) ada jual RM50 & RM100.. yang ni aku hampir2 nak beli... tapi sebab aku berjaya guna debit card, so aku tak beli la gift card ni..


oh ya... kalau korang decide nak try 1st month tu.. nanti sebelum tu, netflix akan suruh kau pilih package... untuk berapa viewer.

1. One screen
2. Two screen
3. Four screen

harga memang aku tak ingat... aku amek yang package untuk 4 screen.. kan 1 month free.. why not kau share2 dengan member lagi 3 orang untuk sebulan free tu..  aku share dengan husband aku, kawan aku & husband kawan aku... cukup 4 orang..

well, actually kalau korang tak kisah sharing... okay lah. sebab bila dah sharing account ni, orang lain boleh tengok acc kau, boleh stalk la kau tengah watching movie apa.. kalau korang jenis privacy, tak digalakkan share2 dengan member ya...

tapi aku tak kisah kot, semua movie dalam netflix tu free.. you can watch everything... dan please lah tak payah nak ambil kisah orang tengok movie apa... citarasa masing2...

next time aku akan cerita movie apa yang aku dah tengok. hope posting aku ni membantu!