Tuesday 2 June 2015

REVIEW TEMPAT MAKAN SEDAP KAT MERSING,JOHOR : #BAEK CAFE & BISTRO !!



Lamb chop terbaek punya! Sedap menjejes air liur! 


Pehhhh.... tengok ni. burger daging double special. Biasa pergi kedai burger dorang letak sos blackpper kan... Tapi yang ni... dorang letak sos yg biasa korang makan dengan ciken cop lamb chop segala! Sedap gila tau?



Here. Ce teka apa? Ciken chop the best in Kg Benaung! ceh lain mcm je promote? Tapi siyes sedap. rangup dan sos dia tu! FUhhhh

lamb chop fresh tunggu tabur kuah je


Steak! okay yg ni aku belom sempat rasa. Tapi kalau dah guna sos #baek tu confirm sedap punya!


Cafe ni bukak kol 6 petang sampai malam. Depan rumah je dia bukak. Santai2. Dulu ada kedai, tapi dah pindah depan rumah. Lokasi berbeza tapi rasa tetap sama! Hmmmmm........ sedapnya kalau dapat lambchop sekarang... ni la... puasa2 tengok makanan pulakkkk. Kalau dekat aku dah serbu hari2.
wuuuuuuu. boleh pergi usha page kat facebook : #Baek Cafe & Bistro

LEMPENG KOTA TINGGI

Sape suke makan lempeng? Okay sape2 duk area Kota Tinggi dan sekitarnya... kalau teringin sangat nak makan lempeng tapi malas nak bancuh tepung dan sebagainya..... boleh lah bawak anak tekak dan perut jenguk "Warung Lempeng" ni... Ni area pekan Kota Tinggi... Dekat Kg Makam...  macam2 lempeng ada. Dan dibuka pagi sampai tengah hari rasanya...

Ada sekali tu, tekak ni teringin sangat nak makan lempeng tapi tak tau kedai mana yang jual. Google2 tapi takde pulak blog yang buat review sal kedai lempeng. So, here aku share! Semoga berguna untuk sesiapa yang teringin nak makan lempeng dan berblogwalking hihi!

Lempeng2 dia murah je bawah RM2 semuanya... Lempeng biasa, kelapa, telur, sardin, pisang, bawang...ada lagi tapi dah lupa... lempeng memang murah! tapi... Lauk sampingan dia.. agak mahal tapi berbaloi2. 1 mangkuk kecik tu dikira RM3.. macam2 lauk ada. kerang sambal. paru sambal. daging cincang. ayam masak merah la kari lah. Dan di kedai ni ada jugak jual lauk2 ikot tema hari... Contoh, Isnin ada Laksa.. Selasa Nasi beriyani... (aku lupa tema lauk dan hari!). Selain tu, ada jugak org duk tebar roti. Roti canai, roti telur...

Aku suka sangat dorang buat Milo Ais.. peh pekat dan manis complete. Minum secawan tak cukup. Kadang2 aku order dua cawan.. yelaa. lempeng cecah sambal paru (pedas). Pedas2 pon sedap.. so aku layan jela benda sedap kan... haha

Ni la rupe kedainya, tepi jalan jer,,,

Lempeng kelapa dan lempeng telor. Sambal paru dan sambal ketok ikan bilis. Power!

Aku rasa nak buat lempeng ni senang je... tapi yela.. aku kan rajin sangat pergi dapur. hihi... So aku amek jalan pintas. pergi je kedai bawak duit n perut. Orderr, Makan, Bayo balik Tidooooooooo.
Dasar gemok pemalas :P


Sekian entry kali ni. 
*tolong laaaaa click iklan yang ada :) Thanks!

Monday 1 June 2015

REVIEW : SAFI BALQIS WHITE TRILOGY

Sape pernah guna mosturiser ni? sep sikit!!
Aku memang jenis kene pakai moisturiser sebab kulit aku kerap kering. Kenapa? sebab aku jenis tak rajin minum air masak, (Sila jangan contohi sikap ni). Untuk korang yang nak muka selalu lembab ada beberapa tips:

  1. Minum air masak secukupnya! bukan tekak je lembab, kulit seluruh badan pon lembab. Moisturize sentiasa!
  2. Pakai la pelembab yang bersesuaian dengan muka. Kalau aku, aku sesuai dengan Safi Balqis ni, So, aku repeat guna (dah botol kedua). Kalau muka anda jenis senang berminyak, atau keje bawah matahari panas segala, disarankan jangan pakai moisturiser sebab kulit muka akan lebih berminyak! Disarankan pakai sunblock ya. 
  3. Akhir sekali, korang boleh lah amek wudhu/cuci muka. 


Aku biasa tepek moisturiser ni before taptap compact powder. Dah jadi kebiasaan untuk apply pelembab ni dulu before kuar rumah. Atleast, nampak la putih berseri sket muka aku lepas guna pelembab ni, Sebab dia ada white trilogy! Ha, bukan wajah lembab je siap dapat pakej putih uols!

Aku bagi 5 bintang!




Krim Pelembap Siang SPF20PA++ SAFI BALQIS White Trilogy mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.
SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:
  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
*Pada lapisan epidermis.
**Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.



*Kindly click kat ads yang ada! Thanks :)

REVIEW : HIMALAYA NEEM FACE WASH



*gambar dr google

Nak buat review tak berbayar untuk produk Himalaya. Aku dah pakai Himalaya Neem Face Wash ni hampir 2 tahun! Muka aku jenis sensitive, senang naik jerawat, berminyak dan kekadang kering gila! Sebelum aku buat keputusan untuk pakai ni, aku ada la buat blogwalking tengok review2 dari blogger lain. Mostly bagi good review. So, aku amek keputusan untuk cuba, WoW! This product work on me. Kulit muka aku sangat teruk masa nak meningkat naik (FORM 5). Ya ampun, berterabor jerawat and merah2 naik kat dahi. Dahi aku dah tak serupa dahi, merah2 sangat. Masa ni, baru aku tersedar...aku kene pakai pencuci muka... Dan pencuci yang sangat hot meletop kat iklan2 tv adalah........................
*gambar dari google


Untuk budget sekolah menengah, aku mampu beli pencuci "Clean n Clear Pimple Clearing Face Wash" ni. Ya, pencuci ni bantu masalah kulit aku masa tu. Berkurang lah jugak kemerah2an di dahi ku ini. Kawan2, aku pakai pencuci muka ni sekali dengan pimple gel "Clean n Clear Acne Spot Treatment".

*gambar dari google

Agak lama aku pakai pencuci muka ni. Dari zaman sekolah ke zaman matrik. Oleh kerana masa zaman Universiti, ada la budget lebih utk penjagaan wajah, so aku cuba bermacam2 produk untuk solve kan problem pimple ni. Semua produk acne kat guardian tu aku beli... Tapi benda ni bila pakai lama2, dia macam dah serasi sangat dengan muka. So, dia dah tak berapa nak effective menentang maknenek jerawat.  

Jadinya, aku sekarang masih menggunakan Hiamalaya Neem Face Wash. Pimple dah berkurang. Tapi masih ada sebab hormon tak stabil dan aku jenis malas nak minum air masak. Bagi yang ada masalah jerawat, aku memang syorkan korang try Himalaya ni... Product ni pon 100% herbal active. Bagus kan? Takde banyak chemical.

Tips 1: Kalau pencuci muka korang menghasilkan banyak buih, maknanya pencuci muka tu ada banyak chemical. Korang try buat research kalau tak percaya (hihi). Pencuci muka himalaya ni tak menghasilkan terlalu banyak buih (korang boleh cuba kalau tak percaya).

Tips 2 : Mana nak beli produk Himalaya ni? Kalau korang nak tengok produk ni secara dekat, korang boleh pergi kedai Himalaya. Himalaya ada kedai tersendri tau. Kat mana ada? Korang boleh pergi ke kedai berdekatan... ATAU! Pergi je Guardian/Watson... situ ada jual jugak... 

  1. Mid Valley Megamall Lower Ground Lot 72 & 73, (Opposite Guardian Pharmacy
  2. Suria KLCC Shopping Centre Lot C 43C, 
  3. Pavilion KL P1.04.00, Level 1,
  4. Lot G12, Aeon Bandaraya Melaka Shopping Centre 
  5. Sunway Pyramid Lot LG2-130, Lower Ground 2
  6. The Mines Unit No. L1-73,
  7. Aeon Tebrau City Shopping Centre
  8. City square JB
  9. Gurney Plaza Lot
  10. LG-48, Queensbay Mall
  11. Ground Floor IOI Mall
  12. Empire Shopping Gallery
  13. Wangsa Walk Mall
  14. Kompleks Karamunsing
  15. One Utama Shopping Mall
  16.  Jusco Taman Maluri Shopping Center
Tips 3 : Harga? berpatutan dan tahan lama! RM20++ untuk pack besar. RM15++ untuk pack kecik.
Exact harga aku lupa... Aku syorkan korang compare harga antara Himalaya shoplot dan Guardian/Watson. Kadang2 harga dorang jauh beza. Kadang2 Himalaya ada buat promotion, buy 1 free 1. Hiks...


Gambar masa zaman Matrik tahun 2010. Boleh nampak bintik2 hitam bekas jerawat. Masa ni masih jenis tak jaga muka. Before pakai Himalaya Neem Face Wash.



Ni gambar terbaru. Tahun 2015. Gambar no filter guna kamera depan.. Bukan 360 okay. Hanya pakai mosturiser dan tepek bedak compact. Takde BB Cream. Okay nampak beza tak? Hiksss








*Next post nanti aku share sal ubat jerawat taptap kat jerawat! 
*Kindly click kat advertisement yang ada! :)